Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK MENERIMA ANUGERAH PENARAFAN 5 BINTANG AUDIT UMI 2021

KOTA BHARU, 6 Jan – YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menghadiri Majlis Amanat YAB Menteri Besar Kelantan untuk Penjawat Awam Tahun 2022 yang diadakan di Dewan Jamuan Utama SUK, Kota Bharu baru-baru ini.   Bagi tahun 2022, YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob telah menekankan 10 perkara di dalam amanat beliau untuk diambil perhatian oleh semua penjawat awam, iaitu: Keseimbangan; Keutamaan; Kolaborasi; Kebersamaan; Sebaran Maklumat;...

Continue reading

SK KANGKONG MENERIMA CAT BARU BANGUNAN SEKOLAH

PASIR MAS, 23 Dis - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat prihatin dengan keselesaan dan keceriaan para pelajar serta warga pendidik di Kelantan. Hari ini, telah dirasmikan Majlis Penyerahan Pengecatan Bangunan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Kangkong, Pasir Mas Kelantan. Projek ini merupakan sebahagian daripada Program Projek Impak Tinggi People Centric di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada tahun 2019. Selama 10 minggu, projek bernilai RM98,200.00 ini telah berjaya disiapkan pada 10 November 2021 oleh pihak kontraktor dari H. Ifzan Enterprise. Selain dari...

Continue reading

LAWATAN KERJA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN KE AR-RAHN SUNGAI PETANI

SUNGAI PETANI, KEDAH – YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini mengadakan lawatan kerja ke Ar-Rahn Sungai Petani. Ar-Rahn Sungai Petani yang telah mula beroperasi pada 2008 merupakan antara pajak gadai islam yang terawal di Malaysia dan diuruskan oleh Permodalan Kelantan Berhad iaitu syarikat anak PKINK. Lawatan kerja yang bertujuan melihat lebih dekat perkembangan Ar-Rahn Cawangan Sungai Petani itu telah disambut oleh Pengurus Cawangan Ar-Rahn Sungai Petani, En. Ahmad Sufdri Saiful Amri bin Ahmad Subri dan anggota-anggotanya. ...

Continue reading

PKB METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN UUM

SINTOK, KEDAH – YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut sama hadir ke Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Syarikat Anak PKINK iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) bertempat di UUM pada hari ini, 21 Disember 2021. Majlis yang berlangsung di Balai Tamu, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, UUM itu merupakan permulaan kerjasama erat di antara PKB dan UUM di mana UUM akan menawarkan kursus jangka pendek kepada masyarakat yang berminat untuk mendalami ilmu mengenai emas dan...

Continue reading

PENYERAHAN ALMARI MAKANAN PKINK MASJID MUKIM PERINGAT

KOTA BHARU, 14 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat menitikberatkan kebajikan rakyat sebagai elemen utama dalam tanggungjawab sosial korporat Kumpulan. Hari ini di Masjid Mukim Peringat, PKINK telah mengadakan Program Penyerahan Almari Makanan PKINK bagi memudahkan urusan penyimpanan barangan sumbangan Food Cupboard yang diperuntukkan setiap bulan. Almari di Masjid Mukim Peringat ini merupakan salah satu daripada 23 buah almari yang diserahkan kepada 23 buah masjid yang terlibat di seluruh Kelantan. Program Food Cupboard PKINK ini merupakan satu program kebajikan...

Continue reading