Accessibility Tools

Skip to main content

PENYERAHAN JETI KG HAJI NIK MAT TUMPAT

TUMPAT, 8 Dis – Keselesaan rakyat menjadi keutamaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang Merakyatkan Membangun Bersama Islam. Bagi tujuan tersebut PKINK telah menyempurnakan Penyerahan Projek Membaikpulih Jeti di Kampung Pantai Haji Nik Mat, Tumpat pada hari ini. Projek yang dilaksanakan di bawah Projek Kecil Berimpak Tinggi ‘People Centric’ ini mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan melalui peruntukan daripada dahulunya dikenali dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia. Penduduk Kampung Pantai Haji Nik Mat terasa...

Continue reading

KALA SENTRAL PUSAT PEMASARAN PMKS BUMIPUTERA

KOTA BHARU, 6 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin sempena Pembukaan KALA Sentral di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Majlis yang diadakan secara ringkas itu dipimpin oleh YBrs. Imam Masjid Muhammadi Kota Bharu, Al-Fadhil Ustaz Haji Halim bin Saari melibatkan Pengurusan PKINK serta Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan. Peluang pemasaran bagi perniagaan tempatan yang diusahakan oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) amat cerah dengan dibukanya KALA Sentral ini di...

Continue reading

MAJLIS MERAIKAN KHIDMAT BAKTI TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK

KOTA BHARU, 1 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Ringkas Meraikan Khidmat Bakti sempena persaraan YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Haji Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman yang akan bersara wajib bermula 4 Disember 2021. Majlis yang diadakan di Dewan Makan VIP, Tingkat 11, Bangunan PKINK itu diharapkan dapat menjadi sebahagian tanda kenangan terindah buat Tuan Haji Nik Kamil Amirah yang telah berkhidmat bersama PKINK semenjak tahun 2002. Cenderahati persaraan telah disampaikan oleh YABrs. Ketua...

Continue reading

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN ANTARA PKINK DAN SRI DAMAR MINE TRADING

KOTA BHARU, 23 Nov – Usaha meneroka kerjasama dalam bidang perlombongan emas diteruskan lagi dengan termeterainya perjanjian Usahasama Perlombongan Emas di antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan Syarikat Sri Damar Mine Trading Sdn. Bhd. (SDMTSB). Perjanjian yang ditandatangani bersama Syarikat Sri Damar Mine Trading Sdn. Bhd yang merupakan syarikat perusahaan sumber mineral dan galian emas sejak tahun 2018 itu telah berlangsung di Dewan Makan VIP, Tingkat 11, Bangunan PKINK pada hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Timbalan Ketua Pegawai...

Continue reading

PENYERAHAN SURAU ISMAILI SK SULTAN ISMAIL 3

KOTA BHARU, 22 Nov – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menyempurnakan Penyerahan Projek Menaiktaraf Surau Ismaili, Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3 di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu pada hari ini. Projek yang dilaksanakan di bawah Projek Kecil Berimpak Tinggi ‘People Centric’ ini mengambil masa selama setahun tiga bulan untuk disiapkan melalui peruntukan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia. Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff bin Daud mewakili...

Continue reading