Accessibility Tools

Skip to main content

KALA SENTRAL PUSAT PEMASARAN PMKS BUMIPUTERA

KOTA BHARU, 6 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin sempena Pembukaan KALA Sentral di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Majlis yang diadakan secara ringkas itu dipimpin oleh YBrs. Imam Masjid Muhammadi Kota Bharu, Al-Fadhil Ustaz Haji Halim bin Saari melibatkan Pengurusan PKINK serta Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan.

Peluang pemasaran bagi perniagaan tempatan yang diusahakan oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) amat cerah dengan dibukanya KALA Sentral ini di Tingkat 1, Bangunan Baru Bazar Tengku Anis, Dataran Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan pada hari ini. KALA Sentral bertujuan memasarkan jualan produk-produk yang dihasilkan usahawan berasaskan makanan dan minuman, pakaian, kraftangan dan cenderamata secara runcit dan borong serta akan mempromosikan produk tersebut secara fizikal dan maya.

PMKS tempatan juga digalakkan untuk meneruskan agenda tranformasi digital bagi memacu pertumbuhan dalam norma baharu pasca pandemik. “Usahawan kecil terutama yang berstatus mikro akan mendapat manfaat yang paling besar kerana KALA Sentral akan membantu mereka memasarkan produk dan tidak dikenakan sebarang caj” ujar YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus ketika sidang media di KALA Sentral pagi tadi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P) PKINK, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), wakil Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Pelancongan & Kebudayaan) Kerajaan Negeri Kelantan, Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Berlesen Negeri Kelantan (3PK), Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan dan Pengurus-pengurus Kumpulan serta Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan PKINK.