warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 19 Sept - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan (KSKK) PKINK telah mengadakan Karnival Sukan KSKK PKINK 2024 di Kompleks Sukan 1, HUSM, Kubang Kerian di sini kelmarin.

Program telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail. Dalam ucapannya YBhg Dato' merakamkan ucapan terima kasih atas penganjuran dan merakamkan ucapan selamat bersukan kepada seluruh anggota Kumpulan PKINK.

Sebagai tanda penghargaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail merangkap Yang Dipertua KSKK PKINK telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Program dimulakan dengan sesi Senamrobik dan gimik acara Sukan VIP yang disertai oleh Pengurusan PKINK. Antara acara yang diadakan termasuklah sukan Futsal, Bola Jaring, Badminton, Ping Pong, Dart, Karom, E-Sport serta Sukan Tradisional telah disertai oleh hampir 300 orang yang dibahagikan kepada empat pasukan iaitu Pasukan PKINK A, PKINK B, PKINK Perkhidmatan dan PKINK Hartanah.

Di akhir program, YBhg Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan menyampaikan Piala Pusingan Karnival Sukan KSKK PKINK kepada En Ahmad Nazri mewakili pasukan PKINK A selaku Juara Keseluruhan bagi Karnival Sukan KSKK PKINK 2024.  

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 7 Ogos - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Kelantan di Bilik Mesyuarat Tingkat 9, TNB di sini kelmarin.

Kunjungan bertujuan sebagai sesi suai kenal di samping mengeratkan hubungan di antara Pengurusan Tertinggi Kumpulan dan pihak Pejabat TNB Cawangan Kelantan. Ketibaan Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan rombongan telah disambut oleh Pengurus Besar TNB Cawangan Kelantan, Muhamad Azli Ab. Rahman.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Ir. Haji Hamdzah Abdul Rahman.  

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KUALA TERENGGANU, 24 Jul - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG) telah mengadakan Kursus Penerapan Kefahaman Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan Siri 3 di Permai Hotel Terengganu baru-baru ini.

Program dua hari tiga malam tersebut dihadiri oleh 42 orang peserta melibatkan pegawai PKINK dan anggota Kumpulan Perladangan PKINK Berhad bagi memberi kefahaman terhadap konsep Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan dalam segenap urusan jabatan.

Kuliah dan aktiviti-aktiviti bermodul telah dikendalikan oleh pihak IPTG yang diketuai Pengarah IPTG, Prof. Emeritus Dato' Dr. Johari Mat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail turut hadir menyempurnakan majlis perasmian dan penyampaian cenderahati kepada peserta kursus.

Turut hadir juga, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman serta Timbalan Pengarah IPTG, Ustaz Zulkipli Mat Yusof.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

MACHANG, 17 Jul - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah meluangkan masa bagi lawatan kerja rasmi ke tapak pembangunan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Sg Bagan di sini semalam.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai pelaksana pembangunan Taman Perindustrian IBS yang merupakan projek hasil kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri Kerja Raya berkata bahawa Taman Perindustrian IBS Sg Bagan ini bakal menyediakan sebanyak 3,500 peluang pekerjaan pelbagai jenis tred khususnya bagi sektor pembinaan.

Sebagai tanda penghargaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Ir. Haji Hamdzah Abdul Rahman telah menyampaikan cenderahati tanda kenangan kepada YB Timbalan Menteri Kerja Raya.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Sektoral Kerajaan Negeri Kelantan, En Hafiz Che Mahmood; Pengarah Jabatan Kerja Raya Kelantan, Ir. Suhaili Ismail serta Timbalan Ketua Eksekutif I (Operasi) CIDB Malaysia, Tuan Haji Razuki Ibrahim.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 19 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Sr. Haji Zamri Ismail telah menyempurnakan pelepasan Jaulah Musa'adah Ar-Rahn bersempena Program Ihtiram Ramadan 1445/ 2024 anjuran Permodalan Kelantan Berhad (PKB) di perkarangan KALA Sentral di sini hari ini.
 
Program tahunan ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf dalam kalangan pelanggan Ar-Rahn yang layak. Program ini melibatkan 34 cawangan seluruh negara dengan penyerahan sumbangan berbentuk wang tunai dan makanan asas kepada 5 keluarga asnaf setiap cawangan dengan kos keseluruhan sebanyak RM17,000.
 
Sesudah pelepasan, turut diadakan penyampaian sumbangan pertama bagi Jaulah Musa'adah Ar-Rahn oleh Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan kepada warga PPR Kota Bharu, Kelochor.
 
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman; serta Pengurus Besar PKB, En Hassan Shukri Hussein.  

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today787
Yesterday1214
This week4745
This month33076
Total1278389

2024-11-28

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas