Accessibility Tools

Skip to main content

PENARAFAN LIMA BINTANG APC 2021 DITERIMA OLEH IQSB

KOTA BHARU, 26 Okt – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Penarafan Bintang 2021 di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu kelmarin. Majlis tahunan ini bertujuan bagi memberi penghargaan kepada anggota PKINK dan anggota Syarikat Anak serta Syarikat Anak yang telah mencapai prestasi yang tinggi dalam gerak kerja sepanjang tahun 2021.   Dalam majlis yang penuh gilang gemilang itu, Infra Quest Sdn. Bhd. telah berjaya mendapat Penarafan Lima Bintang bagi tahun 2021. Syarikat ini berperanan...

Continue reading

MAJLIS MERAIKAN KHIDMAT BAKTI ANGGOTA PKINK

KOTA BHARU, 16 Okt – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Ringkas Meraikan Khidmat Bakti sempena persaraan Che Soriati binti Yaacob yang bersara wajib bermula semalam.   Majlis yang diadakan di Bilik Operasi PKINK itu diharapkan dapat menjadi sebahagian kenangan terindah Che Soriati yang telah berkhidmat bersama PKINK semenjak tahun 1994.   Cenderahati persaraan telah disampaikan oleh YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus. PKINK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas perkhidmatan dan jasa...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT ECERDC KE PKINK

KOTA BHARU,13 Okt - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini baru-baru ini.   ECERDC berperanan menyelia projek-projek pembangunan ekonomi di pantai timur agar berjalan dengan lancar. Pertemuan ringkas ini bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama yang dapat dilaksanakan bersama PKINK pada masa akan datang.   Rombongan diwakili oleh Encik Megat Shah Rizal bin Noor Ikhsan, General Manager Agribusiness...

Continue reading

SEMINAR KESEDARAN PENSIJILAN HALAL USAHAWAN KELANTAN

KOTA BHARU, 13 Okt - Pembangunan Usahawan merupakan antara teras usaha Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dalam membangunkan ekonomi Negeri Kelantan. Di bawah program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK), PKINK telah menganjurkan Seminar Kesedaran Pensijilan Halal Kepada Usahawan di Hotel Grand Riverview di sini pada hari ini.   Program yang dihadiri 100 orang usahawan Kelantan ini hasil kerjasama di antara PKINK dan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bagi memberi penjelasan kepentingan...

Continue reading

KPEK PKINK MERASMIKAN KURSUS PROTUNE 2022

BESUT, 25 Sep - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Kem Keusahawanan Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2022 pada 25-27 September 2022 di Tanjung Demong Beach Resort. Selaku jabatan utama dalam pembangunan ekonomi Negeri Kelantan, PKINK melalui program PROTUNe ini bertujuan melatih dan mengasah bakat pelajar-pelajar sekolah dalam bidang kepimpinan, perniagaan dan keusahawanan. Program tersebut melibatkan seramai 200 orang pelajar dan 80 orang guru daripada sekolah-sekolah terpilih seluruh Negeri Kelantan. Perasmian program telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan...

Continue reading