warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 3 Ogos – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan 1444H/2022M di Dewan Besar, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di sini semalam.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) ini merupakan program tahunan yang bertujuan memberi pendedahan dan penerangan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) 355 kepada masyarakat.

Turut diadakan Demonstrasi Sebatan menurut Hukuman Syariah dan Sivil serta Forum bertajuk "Undang-Undang Islam: Keliru & Celaru" bersama panel YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, YBrs. Dr Nurhafilah binti Musa dan moderator YBrs. Tuan Nik Bahrum bin Nik Abdullah.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapannya, YAB Dato' menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan amat menyokong RUU 355 dan akan terus memperjuangkannya sehingga berjaya diluluskan sebagai sebahagian undang-undang Malaysia.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah; Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB Ustaz Dato' Haji Abdullah bin Yakub; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato' Panglima Perang Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud serta Pengarah JAHEAIK, YB Dato' Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 24 Jul - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus berkesempatan dalam Bual Bicara DJ Kid menerusi DJ Corner KELANTANfm di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. Siaran boleh ditonton melalui pautan berikut https://www.facebook.com/KELANTANfm/videos/616479556358102/
 
Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Pn Nik Farzimar binti Nik Omar turut ditemu duga oleh wartawan RTM di reruai PKINK.
 
Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri bin Haji Ismail; Pengurus Kanan Pengurusan Harta Kumpulan, Haji Asmadi bin Abdul Rahman; Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman; Pengurus Projek, Sumber Asli dan Industri Kumpulan, YM Tuan Nazir bin Tuan Man.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 23 Jul - Bersempena tema Kerajaan sesi ini #KeluargaMalaysia, Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia telah diadakan di Kota Bharu selama 3 hari bermula 22 hingga 24 Julai 2022.
 
Perdana Menteri berkata, Sebagai negeri yang bergelar Serambi Mekah, Keluarga Malaysia Kelantan pastinya sudah serasi dengan konsep 'Tasamuh', yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan yang menjadikan tunggak kepada konsep Keluarga Malaysia itu sendiri.
 
"Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM124 juta bagi membantu rakyat Kelantan seramai melebihi 550,000 orang yang memerlukan melalui inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)", katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini, hari ini.
 
Beliau turut menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada 9 orang Anak Yatim yang kehilangan ibu bapa akibat ledakan wabak jangkitan Covid-19 baru-baru ini.
 
Sementara itu, YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak YAB Perdana Menteri atas kesudian bertandang ke Kelantan bagi mengadakan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.
 
Turut hadir, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa, Menteri Komunikasi dan Media; YB Dato' Kaya Setia Dato' Haji Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan; Ahli-ahli Parlimen; Ahli-ahli DUN Kelantan serta Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Kelantan.
 
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai agensi utama kerajaan negeri Kelantan turut menyertai pameran agensi bersama Syarikat Kumpulan mengikut sektor antaranya sektor perkhidmatan, perladangan, perlombongan dan perumahan.
 
YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus berkata, dengan adanya program sebegini mampu merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dan agensi kerajaan dengan rakyat sesuai dengan tema Keluarga Malaysia.
 
"Saya juga yakin program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini mampu meningkatkan kebolehpasaran produk-produk usahawan PMKS Kelantan terutamanya usahawan KALA Sentral," katanya selepas lawatan Perdana Menteri ke reruai PKINK.
 
Dalam kesempatan itu, Tuan Haji Ab Aziz Yunus turut menyampaikan cenderahati tanda kenangan buat Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan melawat reruai Kumpulan PKINK.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 24 Julai – Santai dan meriah! Itulah gambaran Program Kayuhan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan YB Dato’ Kaya Setia Bersama Penjawat Awam Kelantan Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia hari ini yang turut disertai oleh YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK.
 
Majlis pelepasan Program Kayuhan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan YB Dato’ Kaya Setia tersebut yang melibatkan peserta seramai hampir 300 orang itu telah disempurnakan oleh YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.
 
Kayuhan sejauh 12km yang bermula jam 8.15 pagi dari Dataran Rehal telah melalui jalan Penambang dan berhenti rehat di Pit Stop River Gate Kampung Tikat dan perjalanan disambung semula pada jam 9.30 pagi ke Kg. Kedai Buloh dan tiba di lokasi penamat di Pantai Kundor.
 
Majlis penutup Kayuhan Ukhuwah tersebut seterusnya diakhiri dengan persembahan kebudayaan, cabutan bertuah dan jamuan makan tengah hari bersama Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara dan YB Dato’ Kaya Setia, Dato' Haji Nazran bin Muhammad.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
BACHOK, 22 Jul - Sebagai tanda penghargaan kepada para peladang, penternak serta nelayan tempatan yang giat menyumbang kepada kesuburan ekonomi Kelantan, Kerajaan Negeri telah menganjurkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan (HPPNK) 2022 di Pantai Irama, Bachok di sini bermula 21 Julai 2022.
 
Program selama 3 hari ini diterajui oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YBM Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut menyertai pameran dengan mendirikan booth serta memperkenalkan produk-produk milik kumpulan.
 
Program telah dirasmikan oleh YAB Dato' Bentara Kanan, Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapannya, YAB Dato' merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada seluruh warga Kelantan khususnya para peladang, penternak dan nelayan tempatan agar melihat kejayaan hari ini sebagai dorongan untuk lebih berjaya di masa akan datang.
 
Turut hadir, YB Dato' Ustaz Haji Abdullah bin Yakub, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan; YB Dato' Haji Norazman Bin Abd Ghani, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan serta YB Idham bin Hj Abdul Ghani, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today415
Yesterday946
This week7745
This month415
Total1281389

2024-12-01

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas