warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KKOTA BHARU, 28 Dis - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kuliah Penghayatan Konsep Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) siri keempat bagi tahun 2023 di Surau Raudhatul Iman, PKINK.
 
Kuliah yang bertajuk 'Hamba Allah Yang Bersyukur' telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nor Azariza, Ketua Whip Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam . Dalam ceramahnya Ustaz Nor Azariza menjelaskan bahawa seorang hamba yang benar-benar bersyukur akan merasa cukup dengan segala yang Allah berikan sama ada baik mahupun buruk.
 
Sebagai tanda penghargaan, En Zainul Amin bin Mat Zin, Pengurus Pelaburan & Pembangunan Perniagaan Kumpulan telah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Nor Azariza. Turut hadir, YM Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

KOTA BHARU, 13 Dis - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Agro Bank di Bilik Gerakan PKINK di sini hari ini.

Rombongan yang diketuai En Sirajul Yusran bin Hasan, Ketua Jabatan Perniagaan Mikro Agro Bank berhasrat melalui kunjungan ini, dapat membina hubungan yang baik serta mewujudkan peluang kerjasama di antara PKINK dan Agro Bank di masa akan datang.

Sebagai tanda penghargaan, YABrs Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada rombongan Agro Bank.

Turut hadir, En Hishamuddin bin Hussein, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK); Pn Hjh Ahlaami binti Abd Halim, Pengurus Kanan Perundangan dan Integriti Kumpulan; En Wan Shamsul Kamal bin Wan Jusoh, Pengarah Wilayah Kelantan/ Terengganu; En Mohd Fadzwan bin Zulkifli, Ketua Kewangan Mikro Wilayah Kelantan/ Terengganu; Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan; serta Pengurus Besar SPP Development Sdn Bhd. 

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
KOTA BHARU, 10 Dis - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Sentuhan Abadi di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu di sini hari ini.
 
Majlis itu bertujuan memberi penghargaan kepada mantan Pengerusi PKINK, YB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob serta mantan Ahli Lembaga Pengarah PKINK yang telah berkhidmat sepanjang tahun 2013-2023.
YABrs Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merakamkan sekalung penghargaan kepada seluruh warga PKINK atas kejayaan prestasi dengan keuntungan berlipat kali ganda dari RM 31 juta pada tahun 2019 hingga RM 91 juta pada tahun 2023 dengan gandaan sebanyak hampir 300%.
 
YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan turut meluahkan rasa bangga dengan kejayaan PKINK dan berharap agar PKINK dapat terus berusaha keras bagi meningkatkan ekonomi negeri Kelantan di masa akan datang.
 
Sebagai badan yang cakna dengan isu semasa, Kumpulan PKINK turut menyumbang sebanyak RM0.254juta dari Tabung Solidariti Rakyat Palestin kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan kepada YAB Dato Panglima Perang Menteri Besar Kelantan.
 
Turut hadir, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan; YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Lembaga Pengarah PKINK, Mantan Ahli-ahli Lembaga Pengarah PKINK serta Pengerusi-pengerusi Syarikat Anak Kumpulan PKINK.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

KOTA BHARU, 30 Nov - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kuliah Penghayatan Konsep Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) siri ketiga bagi tahun 2023 di Surau Raudhatul Iman, PKINK.

Kuliah yang bertajuk 'Nikmat atau Istidraj, Bagaimana Membezakannya' telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Azhar bin Abdullah, Pengarah Institut Bahasa, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Dalam ceramahnya Ustaz Dr. Mohd Azhar menjelaskan perbezaan di antara konsep nikmat dan istidraj serta bagaimana untuk menghadapinya.

Sebagai tanda penghargaan, En Ridzuan bin Sidek, Pengurus Kanan Teknologi Maklumat Kumpulan telah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Dr. Mohd Azhar. Turut hadir, En Nor Azuwan bin Saleh, Pengurus Kanan Audit Dalaman Kumpulan dan En Ahmad Syarqawey bin Abdul Ghani, Pengurus Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

PASIR PUTEH, 23 Nov - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Lawatan Pemantauan Korporat ke tapak-tapak projek kumpulan di Bachok dan Machang baru-baru ini.

Rombongan yang diketuai Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan membuat lawatan ke tapak projek Pusat Pendidiran Benih Ikan Siakap di PT92, Kg Kuala Kemasin, Bachok di bawah seliaan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad. Lawatan diakhiri di tapak Kuari Bukit Buloh, Machang.

Turut hadir, Dato' Sr. Haji Zamri bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan serta Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today449
Yesterday946
This week7779
This month449
Total1281423

2024-12-01

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas