- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 21 Sept - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kuliah Penghayatan Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) siri kedua bagi tahun 2023 di Surau Raudhatul Iman, PKINK.
Kuliah yang bertajuk 'Beruntungnya Menjadi Umat Nabi Muhammad SAW' telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Osman bin Mat Zin, Imam Tua Masjid As-Salam Pengkalan Chepa. Dalam ceramahnya Ustaz Osman menerangkan betapa beruntungnya menjadi umat Nabi Muhammad SAW berbanding umat-umat nabi dan rasul terdahulu yang dikenakan azab serta merta atas kemungkaran yang mereka lakukan.
Sebagai tanda penghargaan, En Zainul Amin bin Mat Zin, Timbalan Pengurus Pengurusan Harta Kumpulan telah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Osman.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 11 Jun - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Sesi Penerangan Celik Kewangan bersama-sama CIMB Bank Berhad Cawangan Kota Bharu di Bilik Operasi PKINK pada hari ini.
Taklimat ringkas itu telah disampaikan oleh Pn Heliza, wakil CIMB Bank Berhad, Kota Bharu.
Sebagai tanda penghargaan, En Hishamuddin bin Hussein, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK) telah menyampaikan cenderahati kepada En Alwi bin Daud, Pengurus Cawangan, CIMB Bank Berhad, Kota Bharu.
Turut hadir Tuan Haji Mohd Nasriff bin Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P); Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan serta Pengurus-Pengurus Bahagian Kumpulan.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
MACHANG : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan Kumpulan telah bekerjasama dengan Pusat Pemulihan Akhlak Machang (PPAM) menganjurkan Bengkel Asas Perniagaan dan Asas Pemasaran Digital bertempat di PPAM pada 29 Mei lalu.
Kursus yang telah dihadiri oleh 50 penghuni PPAM ini dikendalikan oleh Dr. Tuan Mohd Shamsuddin Tuan Noor daripada Alif Creative yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital.
Antara pengisian bengkel satu hari itu adalah perkongsian ilmu tentang pengenalan asas perniagaan dan keusahawanan, etika keusahawanan, kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan, strategi keusahawanan dan pemasaran digital.
Bengkel yang diadakan dibawah Program Latihan Keusahawanan Pasca Covid-19 (PASCA) ini merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat PKINK dalam membantu para penghuni merasai sendiri proses mengenal pasti dan mengejar peluang perniagaan selepas dibebaskan kelak.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KUALA LUMPUR, 1 Feb - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kursus Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) di Dewan Bunga Raya, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur baru-baru ini.
Seramai 28 orang peserta dalam kalangan anggota PKINK dan Syarikat Anak Kumpulan telah menyertai kursus tiga hari dua malam itu. Dengan kerjasama pihak Akademi PKNS, kursus tersebut telah dikendalikan oleh En Sulaiman bin Husin yang telah mengupas dengan terperinci Akta tersebut serta kesan Pindaan 2022 terhadap pekerja dan majikan. En Ahmad Nazri bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Operasi Permodalan Kelantan Berhad (PKB) turut menyampaikan taklimat khas berkaitan Skim Perkhidmatan Syarikat Anak Kumpulan PKINK.
Kursus tersebut yang telah dirasmikan oleh YABrs Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, turut dihadiri oleh En Ahmad Syarqawey bin Abdul Ghani, Pengurus Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan serta En Mohamad Fairol bin Saliken, Pengurus Operasi Perniagaan Akademi PKNS Sdn Bhd.