JAULAH MUSA'ADAH AR-RAHN SEMPENA PROGRAM IHTIRAM RAMADAN PKB 1445/2024
KOTA BHARU, 19 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Sr. Haji Zamri Ismail telah menyempurnakan pelepasan Jaulah Musa'adah Ar-Rahn bersempena Program Ihtiram Ramadan 1445/ 2024 anjuran Permodalan Kelantan Berhad (PKB) di perkarangan KALA Sentral di sini hari ini.
Program tahunan ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf dalam kalangan pelanggan Ar-Rahn yang layak. Program ini melibatkan 34 cawangan seluruh negara dengan penyerahan sumbangan berbentuk wang tunai dan makanan asas kepada 5 keluarga asnaf setiap cawangan dengan kos keseluruhan sebanyak...