- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
- LATAR BELAKANG.
Program Tunas Niaga (PROTUNe) adalah penjenaman semula daripada Program Usahawan Muda (PUM). Ianya merupakan satu program Pembudayaan Keusahawanan untuk pelajar sekolah menengah daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Pada tahun 1996, Program ini telah diambilalih dan dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MECD) yang kemudian melantik Perbadaanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) sebagai agensi pelaksana di semua peringkat negeri. PKEN telah berkolabrasi dengan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SME-Corporation untuk menjaya dan melaksanakan program ini. Mulai tahun 2014, Program Tunas Niaga (PROTUNe) adalah dibawah Kementerian Kewangan Malaysia dan bertindak sebagai pembiayaan program ini.
2.OBJEKTIF PROGRAM
Memberi pendedahan dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan kepada pelajar-pelajar dan bermanafaat untuk digunakan selepas alam persekolahan serta membudayakan bidang keusahawanan.
Dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk memulakan dan melaksanakan sesuatu perniagaan dengan berkesan.
Dapat mempelajari selok-belok dalam menguruskan syarikat.
Memupuk dan menguatkan semangat agar dapat melahirkan usahawan muda yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju, berfikiran positif, kreatif dan inovatif.
Dapat menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan pada masa hadapan.