warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

BAYAN LEPAS, 25 Ogos - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Penang Development Corporation (PDC) serta lawatan ke kawasan perindustrian sekitar Bayan Lepas dan Batu Kawan baru-baru ini.

PDC merupakan badan berkanun yang berperanan membangun serta memajukan ekonomi dan keusahawanan di Pulau Pinang.

"Pihak PKINK amat berterima kasih atas peluang mengadakan kunjungan ini dan berharap agar pertemuan ini dapat membuka ruang & peluang untuk berkenalan serta menjalin hubungan kerjasama di antara PKINK dan PDC" kata YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus dalam pertemuan bersama pihak pengurusan PDC yang dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Teknikal & Perancangan) PDC, En. Mohammad Azhar Hamdan.

Turut diadakan Pembentangan dan Perbincangan Skim Perkhidmatan Pekerja Syarikat Anak Kumpulan serta Pembentangan Term Of Reference: CEO Circle pada hari yang berikutnya di antara Pengurusan PKINK dan Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 20 Ogos - Bagi menyahut seruan Kerajaan Negeri Kelantan dalam menaiktaraf kualiti perkhidmatan awam, Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah disambut baik oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
 
YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Gotong Royong bagi Pelaksanaan EKSA di PKINK bagi tahun 2022 di Perkarangan Bangunan PKINK di sini pada hari ini.
 
"Kebersihan dan kekemasan premis pejabat melambangkan kualiti dan kesungguhan kita dalam pekerjaan seharian, selain membawa imej yang murni kepada para pelanggan dan pelawat yang berurusan di PKINK" kata Tuan Haji Ab Aziz dalam ucapannya.
 
Turut diucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku urus setia program dan semua yang hadir untuk kerja-kerja gotong royong meskipun mengambil masa cuti rehat hujung minggu ini.
 
Program yang bermula jam 8.30 pagi dengan aktiviti senamrobik melibatkan seluruh anggota PKINK. Kemudian, bersama-sama mencuci dan mengemas bahagian masing-masing sehingga jam 12.30 tengah hari.
 
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK (P&P), Tuan Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Hishamuddin bin Hussein; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri bin Haji Ismail; Pengurus-pengurus Kanan Bahagian Kumpulan serta Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 16 Ogos - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) di Bilik Mesyuarat Utama PKINK di sini semalam.
 
HRD Corp merupakan suatu badan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang berperanan melaksanakan program-program pembangunan dan latihan kemahiran untuk tenaga kerja seluruh Malaysia.
 
Rombongan yang diketuai oleh Puan Wan Yon Shahima binti Wan Othman, Head of Department HRD Corp HQ membincangkan peluang-peluang program dan latihan yang dapat diadakan bersama PKINK pada masa akan datang.
Di akhir pertemuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada seluruh anggota rombongan HRD Corp.
 
Turut hadir Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri bin Haji Ismail; Head of Unit HRD Corp HQ, Puan Mimi Safura binti Abd Wahab; Head of SubUnit HRD Corp Kuantan Branch; En Muhammad Izzuddin bin Azizi serta Kelantan State Officer HRD Corp Kelantan Branch, Pn Yusmira Ilani binti Muhamad Razif.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 15 Ogos - YABRs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah MIDA Kelantan di Bilik Gerakan PKINK di sini semalam.
 
Pertemuan ringkas ini adalah lawatan pertama En Wan Mohd Supian Wan Deris, Pengarah MIDA yang baru memulakan tugas di Kelantan berkuatkuasa 14 Ogos 2022. Turut dibincangkan peluang-peluang pelaburan yang dapat dilaksanakan bersama PKINK pada masa akan datang.
 
Sebagai tanda penghargaan, Tuan Haji Ab Aziz menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada seluruh anggota rombongan daripada MIDA Kelantan.
 
Turut hadir, Pengurus Pelaburan Kumpulan, En Ahmad Syarqawey Abdul Ghani serta Mantan Pengarah MIDA Kelantan, En Nik Mohd Faizal Nik Kamaruddin.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 14 Ogos - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Bilik Gerakan PKINK di sini pada hari ini.
Pertemuan ringkas tersebut bertujuan bagi membincangkan program-program penerangan pencegahan rasuah yang dapat dilaksanakan untuk anggota PKINK pada masa akan datang.
 
Sebagai tanda penghargaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK) PKINK, En Hishamuddin Hussein menyampaikan cenderahati kenang-kenangan dalam sesi pertukaran cenderahati bersama Timbalan Pengarah Outreach, bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM, Tuan Ab Muneim Ibrahim.
 
Turut Hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, En Ahmad Nazri bin Haji Ismail; Pengurus Kanan Perundangan dan Integriti Kumpulan PKINK, Pn Hajjah Ahlaami binti Abd Halim; Ketua Cawangan Agensi Berkaitan Kerajaan dan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM, Tuan Awang Samsul Baharum Bunso; serta Timbalan Pengarah SPRM Kelantan, Tuan Azizi bin Abdul Latif.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today354
Yesterday946
This week7684
This month354
Total1281328

2024-12-01

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas