Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN ANTARA PKINK DAN SRI DAMAR MINE TRADING

KOTA BHARU, 23 Nov – Usaha meneroka kerjasama dalam bidang perlombongan emas diteruskan lagi dengan termeterainya perjanjian Usahasama Perlombongan Emas di antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan Syarikat Sri Damar Mine Trading Sdn. Bhd. (SDMTSB). Perjanjian yang ditandatangani bersama Syarikat Sri Damar Mine Trading Sdn. Bhd yang merupakan syarikat perusahaan sumber mineral dan galian emas sejak tahun 2018 itu telah berlangsung di Dewan Makan VIP, Tingkat 11, Bangunan PKINK pada hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff bin Daud bagi pihak PKINK dan pihak Sri Damar Mine Trading Sdn. Bhd. diwakili oleh kedua-dua Pengarah Syarikat, YBrs. En Nik Mohd Zaidey bin Wan Zain dan En Yoong Wan Tack.

“Diharapkan agar pihak pengusaha perlombongan dapat memelihara kelestarian alam sekitar di samping membantu PKINK memperkasakan ekonomi Negeri Kelantan khususnya melalui sektor galian mineral ini” ujar Haji Mohamad Nasriff ketika menyampaikan ucapan beliau.

Turut hadir YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), En Hishamuddin bin Hussein; YBrs. Pengurus Kanan Perundangan & Integriti Kumpulan, Pn Hjh Ahlaami binti Abd Halim dan YBrs. Pengurus Projek, Sumber Asli & Industri Kumpulan, YM Tuan Nazir bin Tuan Man.