Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT AGROBANK KE PKINK

KOTA BHARU, 1 Nov – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada Bank Pertanian Malaysia (Agrobank) di Bilik Gerakan, Tingkat 11, Bangunan PKINK pada jam 12 tengahari ini. Chief Development Officer Agrobank, En Aminudin bin Amenon mengetuai kunjungan hormat ini bagi membincangkan peluang hubungan dua hala untuk bekerjasama dengan PKINK dalam membangunkan ekonomi dan pertanian di Negeri Kelantan. Turut hadir Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Hajjah Nik Farzimar binti Nik Umar; Pengurus Kewangan Kumpulan, Encik Ahmad...

Continue reading

PKINK BERI SUMBANGAN KEPADA PPOM

KOTA BHARU, 1 Ogos – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Yayasan Iktisad Darulnaim mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia (PPOM) secara atas talian pada hari ini. PPOM merupakan sebuah pertubuhan yang bergiat aktif dalam membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Pada hari ini, Skuad Upaya Malaysia diwakili oleh En Mohd Kufri @ Osman bin Omar telah menerima sumbangan peralatan sokongan bernilai RM3,290 yang telah disampaikan oleh YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus. Antara peralatan...

Continue reading

PKINK SUMBANGKAN MAKANAN TENGAH HARI KEPADA PETUGAS PUSAT SARINGAN COVID-19 DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV

KOTA BHARU, 30 Mei – Peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara adalah semakin membimbangkan dan kerajaan juga telah memutuskan untuk melaksanakan ‘Total Lockdown’ yang bakal berkuat kuasa pada 1 Jun 2021 ini. Penularan wabak yang semakin tidak terkawal ini memerlukan lebih banyak saringan diadakan menyaksikan bebanan tugas barisan hadapan di sektor kesihatan semakin bertambah.   Setiap hari Pusat Saringan COVID-19 di Stadium Sultan Muhammad IV dikunjungi oleh hampir seribu orang yang hadir untuk menjalankan saringan COVID-19 setelah didapati berisiko untuk mendapat...

Continue reading

KUMPULAN PKINK BERI SUMBANGAN RM 1 JUTA UNTUK MEMBANTU MANGSA COVID-19

KOTA BHARU, 5 Mei – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui syarikat anak, Infra Quest Sdn Bhd tampil memberi sumbangan bagi membantu mangsa COVID-19 di satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Menteri Besar Kelantan, Aras 10, Mabna MBI, Blok 8, Kompleks Kota Darulnaim, pada hari ini.   Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM1,000,000 kepada Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob untuk disalurkan kepada Tabung Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung...

Continue reading

PKINK BERI SUMBANGAN JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN DI HRPZ II DAN PUSAT PERUBATAN AN-NISA'

KOTA BHARU, 3 Mei 2021 – Perbadanan Kemajuan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menzahirkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan buat petugas barisan hadapan kesihatan yang bertungkus lumus berusaha mengekang penularan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia dan Negeri Kelantan khususnya. Bersempena Program PKINK Ihya Ramadan 1442 H, PKINK hari ini menyampaikan sumbangan berupa paket juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Pusat Perubatan An-Nisa’.   Dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Rawatan...

Continue reading