Accessibility Tools

Skip to main content

JOM BACA BERSAMA DI PKINK

KOTA BHARU, 22 April – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut serta dalam kempen Jom Baca Bersama anjuran Perpustakaan Awam Kelantan. Semua anggota PKINK terlibat membaca selama 10 minit dari jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi di Bahagian masing-masing.   #PerpustakaanAwamKelantan #MalaysiaMembaca #KelantanMembaca2021 #BacaItuTerapi #BacaFikirAmal

Continue reading

KULIAH PENGUKUHAN PEMBUDAYAAN UMI SIRI 9 2021

KOTA BHARU, 15 April – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mengadakan Kuliah Pengukuhan Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) Kali Ke-9 bagi tahun 2021 di Surau Raudhatul Iman Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah Pengukuhan Pembudayaan UMI kali ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dengan tajuk ‘Jutawan Akhirat’. Pada kuliah kali ini Al-Fadhil Ustaz menyeru agar perbanyakkan amalan pada bulan yang mulia ini. Beliau juga menjelaskan...

Continue reading

SYARIKAT LADANG SUNGAI TERAH SDN BHD TERIMA PENARAFAN LIMA BINTANG BAGI TAHUN 2019

KOTA BHARU, 6 April – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Penarafan Bintang dan Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 di Bilik Operasi, Tingkat 10, Bangunan PKINK. Majlis ini dengan tujuan bagi memberi penghargaan kepada anggota PKINK dan anggota Syarikat Anak serta Syarikat Anak PKINK yang telah mencapai prestasi yang tinggi dalam gerak kerja sepanjang tahun 2019. Majlis yang pada asalnya dirancang diadakan pada tahun lepas telah ditangguhkan beberapa kali berikutan kekangan pandemik COVID-19. Walaupun begitu, bagi menghargai kecemerlangan...

Continue reading

KELANTAN KELUARKAN PRODUK BERAS WANGI TEMPATAN

PASIR PUTEH, 5 April – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi telah melancarkan Produk Beras Sida Wangi Tempatan Keluaran Negeri Kelantan di Pusat Belian Padi, Jelapang Timur Enterprise, Lot 2154, Kg Banir Belikong, Pasir Puteh, Kelantan. Program yang serba ringkas ini bertujuan untuk memartabatkan kepentingan petani-petani melalui promosi produk Beras Sida Wangi Tempatan agar diangkat sebagai Ikon Produk Premium bagi Negeri Kelantan. Dengan kerjasama di antara Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dan Syarikat Kumpulan Mihoda...

Continue reading

KULIAH PENGUKUHAN PEMBUDAYAAN UMI SIRI 7 2021

KOTA BHARU, 1 April – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kuliah Pengukuhan Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) Kali Ke-7 bagi tahun 2021 di Surau Raudhatul Iman Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK). Beliau mengupas buku Adab Seorang Muslim terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan menekankan tiga elemen utama sebagai seorang Muslim iaitu, taat kepada...

Continue reading