KULIAH PENGUKUHAN PEMBUDAYAAN UMI SIRI 9 2021
KOTA BHARU, 15 April – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mengadakan Kuliah Pengukuhan Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) Kali Ke-9 bagi tahun 2021 di Surau Raudhatul Iman Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah Pengukuhan Pembudayaan UMI kali ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dengan tajuk ‘Jutawan Akhirat’.
Pada kuliah kali ini Al-Fadhil Ustaz menyeru agar perbanyakkan amalan pada bulan yang mulia ini. Beliau juga menjelaskan amalan-amalan mudah yang digalakkan dan gandaan pahala amalan tersebut pada bulan Ramadan. Al-Fadhil Ustaz berkata bahawa “Dalam melakukan kebaikan, seorang Muslim hendaklah sentiasa berfikiran positif dan berusaha untuk melaksanakan kebaikan itu terlebih dahulu sebelum mempersoalkan perbuatan tersebut.”
Kuliah ini turut disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi PKINK. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Haji Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan dan Pengurus-pengurus Kumpulan.