KULIAH PENGUKUHAN PEMBUDAYAAN UMI SIRI 7 2021
KOTA BHARU, 1 April – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kuliah Pengukuhan Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) Kali Ke-7 bagi tahun 2021 di Surau Raudhatul Iman Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).
Beliau mengupas buku Adab Seorang Muslim terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan menekankan tiga elemen utama sebagai seorang Muslim iaitu, taat kepada Allah; rasa takut kepada Allah; dan sentiasa berharap kepada Allah. Al-Fadhil Ustaz berkata bahawa “Seorang Muslim haruslah bekerja niat semata-mata kerana Allah dan mengharapkan pahala-Nya agar dapat masuk syurga Allah di akhirat kelak.”
Kuliah ini disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi PKINK. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Haji Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman; Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan dan Pengurus-pengurus Kumpulan.