Accessibility Tools

Skip to main content

YB MENTERI KEWANGAN JELAJAH KALA SENTRAL PKINK

KOTA BHARU, 16 Januari 2022 – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menyambut kunjungan daripada YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia bersama rombongan bersempena Program Jelajah Bajet 2022 di KALA Sentral, Kota Bharu pada hari ini.   KALA Sentral merupakan Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan Kelantan yang bertujuan memasarkan produk-produk yang dihasilkan usahawan tempatan berasaskan makanan dan minuman, pakaian, kraftangan dan cenderamata secara runcit dan borong. Sejak dibuka pada 6 Disember...

Continue reading

YB MENTERI KEWANGAN MERIAHKAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-5 PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) KELANTAN

KOTA BHARU, 15 Januari 2022 – Sempena Program Jelajah Bajet 2022, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan hadir memeriahkan Sambutan Ulangtahun ke-5 Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan.   Sejak pembukaan semula UTC Kelantan pada 15 Jun 2020 hingga akhir Disember 2021, seramai 404,863 pengunjung telah direkodkan. Manakala purata pengunjung bulanan pada tahun 2021 adalah seramai 16,436 pengunjung.   Pihak UTC Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz...

Continue reading

WEBINAR PEMATUHAN SYARIAH DALAM PERNIAGAAN SIRI 1

KOTA BHARU, 12 Jan – Keberkatan merupakan elemen yang amat penting dalam perusahaan satu-satu perniagaan. Justeru, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) buat julung kalinya telah menganjurkan Webinar Pematuhan Syariah Dalam Perniagaan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting semalam. Webinar ini menampilkan YBhg. Dato’ Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman, Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK dengan tajuk Mencari Keberkatan Dalam Perniagaan “Perniagaan Itu Sunnah”.   YBhg. Dato’ Dr Abdul Basit bertegas bahawa para peniaga dan usahawan harus menjauhi...

Continue reading

MAJLIS MERAIKAN KHIDMAT BAKTI PERSARAAN ANGGOTA PERBADANAN

KOTA BHARU, 11 Jan – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK bagi meraikan persaraan dan menghargai jasa Encik Mohd Rozi bin Mohd Noor dan Puan Noorha binti Mohd Zain pada hari ini. Majlis yang diatur secara ringkas ini diharapkan dapat dijadikan sebagai satu-satunya tanda kenangan terindah buat mereka. Semenjak tahun 1982, Encik Mohd Rozi telah menabur bakti di PKINK selama 39 tahun sehingga bersara wajib pada 6 Januari 2022. Manakala, Puan Noorha telah memberikan khidmat selama 38 tahun...

Continue reading

MAJLIS UCAPTAMA KPEK PKINK TAHUN 2022

KOTA BHARU, 9 Jan – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK bagi Tahun 2022 di Bilik Operasi, Tingkat 10, Bangunan PKINK pada hari ini. Majlis ini melibatkan seluruh anggota Pengurusan PKINK dan Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak PKINK.   Dalam ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tn Haji Ab Aziz merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kejayaan PKINK memperolehi Penarafan 5 Bintang Pengauditan Pembudayaan UMI tahun 2021 sempena Majlis Amanat YAB Menteri Besar Kelantan Kepada...

Continue reading