LAWATAN KERJA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN KE AR-RAHN SUNGAI PETANI
SUNGAI PETANI, KEDAH – YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini mengadakan lawatan kerja ke Ar-Rahn Sungai Petani.
Ar-Rahn Sungai Petani yang telah mula beroperasi pada 2008 merupakan antara pajak gadai islam yang terawal di Malaysia dan diuruskan oleh Permodalan Kelantan Berhad iaitu syarikat anak PKINK.
Lawatan kerja yang bertujuan melihat lebih dekat perkembangan Ar-Rahn Cawangan Sungai Petani itu telah disambut oleh Pengurus Cawangan Ar-Rahn Sungai Petani, En. Ahmad Sufdri Saiful Amri bin Ahmad Subri dan anggota-anggotanya.
Turut hadir sama dalam lawatan kerja ini ialah Pengurus Besar Permodalan Kelantan Berhad, En. Ramilan bin Abdul Rahman; Ketua Pegawai Kewangan PKB, En. Azli bin Othman dan Pengurus Kanan Ar-Rahn, En. Wan Azkan bin Wan Hassan.