Accessibility Tools

Skip to main content

SK KANGKONG MENERIMA CAT BARU BANGUNAN SEKOLAH

PASIR MAS, 23 Dis - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat prihatin dengan keselesaan dan keceriaan para pelajar serta warga pendidik di Kelantan. Hari ini, telah dirasmikan Majlis Penyerahan Pengecatan Bangunan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Kangkong, Pasir Mas Kelantan. Projek ini merupakan sebahagian daripada Program Projek Impak Tinggi People Centric di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada tahun 2019.

Selama 10 minggu, projek bernilai RM98,200.00 ini telah berjaya disiapkan pada 10 November 2021 oleh pihak kontraktor dari H. Ifzan Enterprise. Selain dari kerja-kerja mengecat bangunan sekolah, projek ini juga telah membekalkan 300 unit kerusi, 20 unit kerusi mesyuarat dan 15 unit meja bankuet buat warga Sekolah Kebangsaan Kangkong.

Majlis telah disempurnakan oleh YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus diiringi oleh YBrs Guru Besar SK Kangkong, En Che Hasim bin Hamzah. “Diharapkan agar projek ini dapat meningkatkan keselesaan dan keceriaan Sekolah Kebangsaan Kangkong sekaligus meningkatkan prestasi para pelajar dalam pelajaran sebagai harapan nusa dan bangsa negara kita” ujar Haji Ab Aziz ketika ucapan beliau.

Turut hadir YBrs Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman; YBrs Pengurus Khidmat Teknikal Kumpulan, Pn Wan Haidar Amni binti Nik Mansor; YBrs Pengurus Besar Ascii Line Sdn Bhd, En Hadzori bin Umar; Penyelia Projek H. Izfan Enterprise, En Anas bin Mohd Jaffar @ Mohd Jaafar serta warga pendidik SK Kangkong.