Accessibility Tools

Skip to main content

KULIAH PEMBUDAYAAN UMI SIRI KE-5 TAHUN 2020

KOTA BHARU, 31 Dis – Warga Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pejabat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan hari ini berpeluang hadir ke Kuliah Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan (Dakwah & Tarbiah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiz Bin Mat Sulaiman di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah pada hari ini membincangkan tentang fiqh jenayah. Undang-Undang Islam membahagikan jenayah kepada tiga...

Continue reading

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA DI ANTARA DAMAI DAN MTSB

PASIR MAS, 28 Dis - Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama antara Syarikat Darulnaim Agro Management Industries (DAMAI) Sdn. Bhd. dan Syarikat Maju Temir Sdn. Bhd. (MTSB) telah diadakan di Ibu Pejabat DAMAI, Gual Periok, Mukim Apam, Pasir Mas pada hari ini. Perjanjian Usahasama ini dimeterai bagi melaksanakan Projek Penanaman Durian Kunyit D197 di Ladang Rakyat Dataran Rabuah (LRDR) Mukim Relai, Gua Musang. Maju Temir Sdn Bhd (MTSB) adalah sebuah syarikat bumiputera yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengusahakan ladang durian di Lembah Temir Resort, Raub Pahang. Projek...

Continue reading

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI PKINK BERHAD KALI KE 39

KOTA BHARU, 26 Dis – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan) PKINK mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan Berhad (KPKINKB) Kali Ke-39 yang diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu pada hari ini. Seramai 527 orang ahli Koperasi PKINK Berhad berdaftar hadir di Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung selama 3 jam itu. Namun, berikutan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kehadiran ahli di dalam dewan sempena Mesyuarat...

Continue reading

KULIAH PEMBUDAYAAN UMI SIRI KE-4 TAHUN 2020

KOTA BHARU, 24 Dis – Kuliah Pembudayaan UMI Siri Ke-4 telah diadakan di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK dan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muaaz Bin Hassan, Penolong Pegawai Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) hari ini. Kuliah pada kali ini mengupas Kitab Ar-Raheeq Al-Makhtuum karangan Safiur Rahman Mubarakpuri seorang tokoh agamawan di Mubarakpur, India. Kitab ini merupakan antara biografi Nabi Muhammad SAW yang terkenal. Rasa kasih kepada baginda Rasullah SAW merupakan aset kepada seorang muslim. Al-Fadhil Ustaz berpesan barangsiapa yang ingin...

Continue reading

KULIAH PEMBUDAYAAN UMI SIRI KE-3 TAHUN 2020

KOTA BHARU, 17 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah mengadakan Kuliah Pembudayaan UMI Siri Ke-3 di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon Bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang dakwah. Kuliah pada kali ini mengupas Kitab Minhajul Muslim yang dikarang oleh Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi iaitu seorang ulama Madinah terkenal yang mengajar di Universiti Islam Madinah. Kitab ini mengandungi 5 bab utama iaitu bab aqidah, bab etika, bab akhlak, bab...

Continue reading