KULIAH PEMBUDAYAAN UMI SIRI KE-4 TAHUN 2020
KOTA BHARU, 24 Dis – Kuliah Pembudayaan UMI Siri Ke-4 telah diadakan di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK dan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muaaz Bin Hassan, Penolong Pegawai Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) hari ini.
Kuliah pada kali ini mengupas Kitab Ar-Raheeq Al-Makhtuum karangan Safiur Rahman Mubarakpuri seorang tokoh agamawan di Mubarakpur, India. Kitab ini merupakan antara biografi Nabi Muhammad SAW yang terkenal. Rasa kasih kepada baginda Rasullah SAW merupakan aset kepada seorang muslim. Al-Fadhil Ustaz berpesan barangsiapa yang ingin mengenali Nabi Muhammad SAW haruslah mengenalinya dengan akal (berfikir) dan hati (menghayati).
Turut hadir Pengurus Teknologi Maklumat Kumpulan, En. Ridzuan Bin Sidek; Pengurus Kewangan Kumpulan, En. Ahmad Faizol Bin Ab Aziz dan Pengurus Koordinasi, Penyelenggaraan dan Pemulihan Aset-aset Syarikat Dorman Serta Tugas-tugas Khas Kumpulan; En. Hadzori Bin Umar; Pengurus Khidmat Teknikal Kumpulan, Pn. Wan Haidar Amni Binti Nik Mansor.