Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT PKINK KE PEJABAT YDP MPKB-BRI

KOTA BHARU, 30 Sept - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Tn Hj Ab Aziz Bin Yunus mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), YM Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf. Kunjungan ini bertujuan agar dapat mengeratkan hubungan antara jabatan serta membincangkan peluang kerjasama antara PKINK dan MPKB pada masa akan datang. Di samping itu, turut dibincangkan berkenaan perancangan dan pembangunan Bandaraya Islam, Kota Bharu agar dapat membantu memajukan lagi ekonomi Negeri...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BANK RAKYAT CAWANGAN KOTA BHARU KE PKINK

KOTA BHARU, 29 Sept - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Haji Ab Aziz Bin Yunus menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Bharu, Encik Ghazi Omar. Pertemuan ini bertujuan mengeratkan silaturahim di samping membincangkan kerjasama antara PKINK dan Bank Rakyat pada masa akan datang. Selain itu, turut dibincangkan bersama berkenaan kesedaran dan kemahiran serta solusi pengurusan kewangan dalam kalangan anggota PKINK sebagai persediaan mendepani cabaran pasca pandemik COVID-19.  Turut hadir Encik Rosdi Zakaria...

Continue reading

MAJLIS MERAIKAN KHIDMAT BAKTI PERSARAAN ANGGOTA PERBADANAN

KOTA BHARU, 18 Nov - Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) diadakan di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK bagi meraikan persaraan dan menghargai jasa En Radzali Bin Hussin yang bakal bersara wajib bermula 21 November 2020.  Majlis yang diatur secara ringkas tatkala bilangan kes jangkitan COVID-19 yang sedang meningkat pada masa ini diharapkan dapat diabadikan dan dijadikan sebagai tanda kenangan terindah buat beliau yang telah berkhidmat selama 15 tahun di PKINK. Cenderahati persaraan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif...

Continue reading

YAYASAN IKTISAD DARUL NAIM BERI SUMBANGAN KOMPUTER RIBA

KOTA BHARU, 17 Nov – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Yayasan Iktisad Darulnaim (Yayasan) memberikan sumbangan komputer riba kepada Muhammad Khairuldin Al Hafiz Bin Ismail, seorang pelajar Diploma Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang, dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Tingkat 11, Bangunan PKINK hari ini. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tn Hj Mohamad Nasriff Bin Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P). Beliau turut berpesan kepada penerima agar berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan manfaatkan...

Continue reading

KB-DABONG BREAKAWAY

DABONG, 11 Nov - Kelab Sukan & Kebajikan Kumpulan (KSKK) PKINK telah menganjurkan Program KB-Dabong Breakaway (Berbasikal Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK) pada 11 hingga 12 November 2020. Penyertaan peserta program ini seramai 51 orang yang terdiri daripada ahli-ahli KSKK di Perbadanan dan Syarikat Anak. Program bermula dengan ucapan perasmian dan pelepasan peserta yang disempurnakan oleh YABrs. Tn Hj Abd Aziz Bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK di Kilang Sawit Tapis. “Para peserta Program KB-Dabong Breakaway perlu mengamalkan ‘safe-cycling’ dan saya...

Continue reading