Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS PERASMIAN 3 DEKAD PENTADBIRAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM KERAJAAN NEGERI KELANTAN DAN AMANAT KHAS KEPADA PENJAWAT AWAM NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 25 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Bin Yunus telah menghadiri Amanat Khas YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan yang diadakan di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darul Naim sempena Majlis Perasmian 3 Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini. Pada tanggal 21 Oktober 2020, telah genap 3 dekad Negeri Kelantan berada di bawah pentadbiran Membangun Bersama Islam semenjak era kepimpinan Al-Marhum YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji...

Continue reading

KERAJAAN KELANTAN LANCAR APLIKASI DIGITAL KELANTAN PAY

KOTA BHARU, 15 Sept - Aplikasi digital Kelantan Pay yang berfungsi sebagai satu sistem pembayaran bersepadu secara atas talian untuk Kerajaan Negeri Kelantan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan agensi swasta dilancarkan hari ini oleh Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Bin Abdullah. Aplikasi yang dibangunkan oleh Kelantan ICT Gateway (KIGSB) syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) ini dijangka mampu menggalakkan aktiviti ekonomi negeri melalui transaksi bayaran tanpa tunai yang disediakan. Aplikasi ini...

Continue reading

PKINK DEDAHKAN ANGGOTA TENTANG KAEDAH PENGURUSAN KESELAMATAN JABATAN KERAJAAN

KOTA BHARU 10 Sept : Sebagai sebuah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri yang terlibat secara langsung dengan perancangan pembangunan dan pengurusan sumber negeri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terdedah dengan pelbagai ancaman keselamatan seperti espionaj, sabotaj, terorisma, gangguan golongan pelampau, penjenayah siber, dan golongan subversif.   Menyedari hakikat betapa pentingnya kesedaran dan kefahaman tentang pengurusan keselamatan perlindungan Jabatan Kerajaan, PKINK melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan telah mengambil inisiatif...

Continue reading

Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan

KOTA BHARU 9 Sept : Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah diadakan di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK bagi meraikan persaraan dan menghargai jasa Haji Azman Hassan yang telah bersara wajib bermula 6 September lalu. Penempatan terakhir beliau adalah di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.   Majlis yang disambut dengan suasana ringkas tetapi memberi seribu makna buat beliau yang telah berkhidmat selama 41 tahun di PKINK. Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian cenderamata persaraan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan...

Continue reading

PROGRAM DERMA DARAH MERDEKA 2020

KOTA BHARU, 26 Ogos 2020 – Hotel Al Ansar dan Unit Tabung Darah, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) bekerjasama dengan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MYBHA) Negeri Kelantan menganjurkan Program Derma Darah Merdeka 2020 di Dewan Al-Ansari, Hotel Al Ansar, Kota Bharu. Program ini diadakan bersempena Hari Kebangsaan yang ke -63 yang bakal menjelang. Pegawai Perubatan (HRPZII) Dr. Nur Hidayah Bakri menyifatkan program kerjasama ini adalah satu langkah yang baik untuk menggalakan masyarakat Kelantan tampil menderma darah dan memupuk kesedaran tentang kepentingan masyarakat membantu...

Continue reading