Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan
KOTA BHARU 9 Sept : Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah diadakan di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK bagi meraikan persaraan dan menghargai jasa Haji Azman Hassan yang telah bersara wajib bermula 6 September lalu. Penempatan terakhir beliau adalah di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Majlis yang disambut dengan suasana ringkas tetapi memberi seribu makna buat beliau yang telah berkhidmat selama 41 tahun di PKINK. Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian cenderamata persaraan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus. Adalah diharapkan majlis ini dapat menjadi tanda ingatan dan penghargaan kepada perkhidmatan cemerlang beliau di PKINK.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan), Mohamad Nasriff Daud dan Pengurusan Kumpulan PKINK.