Accessibility Tools

Skip to main content

PENGHUNI ATAS PALOH DITAWARKAN RUMAH MAMPU MILIK RAUDHAH PKINK

KOTA BHARU, 15 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini telah mengadakan Sesi Taklimat dan Pengundian Unit Rumah Mampu Milik Raudhah PKINK yang ditawarkan kepada baki 16 keluarga yang menghuni tanah milik PKINK di Lot PT 79, Seksyen 5, Jalan Atas Paloh, Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Kesemua 16 orang wakil keluarga tersebut telah hadir ke sesi pengundian yang diadakan di Bilik Operasi, Tingkat 10, Bangunan PKINK pada hari ini. Pengurus Projek, Sumber Asli dan Industri Kumpulan telah mengendalikan sesi taklimat ini dan mengumumkan bahawa 16 keluarga ini ditawarkan...

Continue reading

LAWATAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKINK KE KOMPLEKS MAKANAN HALAL PKINK

KOTA BHARU, 10 Dis - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Makanan Halal PKINK, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Kota Bharu, Kelantan hari ini.   Lawatan ini bertujuan untuk memantau keadaan semasa kilang-kilang milik PKINK supaya berada dalam keadaan terbaik sebelum disewakan kepada bakal penyewa. Pemeriksaan premis yang menyeluruh sebegini adalah tanda keseriusan PKINK dalam menyampaikan khidmat terbaik dalam menyediakan platform bagi membantu para usahawan Kelantan mengembangkan perniagaan.   Turut hadir...

Continue reading

TAKLIMAT PROGRAM FOOD CUPBOARD PKINK KEPADA IMAM MASJID

KOTA BHARU, 10 Dis - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK hadir ke satu perjumpaan dan taklimat ringkas bersama imam dan wakil masjid yang menyertai Program Almari Makanan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (Food Cupboard PKINK) hari ini yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK. Program Food Cupboard PKINK adalah salah satu dari program tanggung jawab sosial PKINK yang diadakan bagi menyantuni masyarakat setempat. Setiap bulan masjid yang terlibat dibekalkan dengan barangan makanan asas untuk diagihkan kepada jemaah masjid yang memerlukan. Seramai 22 orang imam dan wakil...

Continue reading

KULIAH PEMBUDAYAAN UMI SIRI 2/2020

KOTA BHARU, 10 Dis – Kuliah Pembudayaan Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) Siri 2/2020 di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini disampaikan oleh Al-Fadil Ust Suratemi Bin Mat Yusof, Penolong Pengarah Kanan (Dakwah Tarbiah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Kuliah yang membawa tajuk "Pengenalan kepada Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan (UMI)" turut menyentuh perkaitan prinsip-prinsip UMI dengan konsep Pengurusan Ihtirafi yang diperkenalkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Al-Fadil Ustaz Suratemi turut menegaskan bahawa sikap bersatu padu dalam segala...

Continue reading

MAJLIS MERAIKAN KHIDMAT BAKTI PERSARAAN ANGGOTA PERBADANAN

KOTA BHARU, 2 Dis - Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bersempena meraikan Pn Hawa Binti M. Saleh yang bakal bersara wajib bermula 05 Disember 2020 telah diadakan hari ini di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK. Beliau yang telah berkhidmat selama 35 tahun di PKINK dan menyandang jawatan terakhir sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Bahagian Teknologi Maklumat telah diraikan di majlis yang diadakan secara ringkas ini berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih berkuatkuasa. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan...

Continue reading