MAJLIS MERAIKAN KHIDMAT BAKTI PERSARAAN ANGGOTA PERBADANAN
KOTA BHARU, 2 Dis - Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bersempena meraikan Pn Hawa Binti M. Saleh yang bakal bersara wajib bermula 05 Disember 2020 telah diadakan hari ini di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK.
Beliau yang telah berkhidmat selama 35 tahun di PKINK dan menyandang jawatan terakhir sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Bahagian Teknologi Maklumat telah diraikan di majlis yang diadakan secara ringkas ini berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih berkuatkuasa. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Bin Yunus mewakili Perbadanan mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas perkhidmatan cemerlang beliau selama ini di PKINK. Turut disampaikan cenderahati persaraan sebagai tanda penghargaan kepada beliau.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK (P&P), Tn Hj Mohamad Nasriff Bin Daud dan Pengurusan Kumpulan PKINK.