Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS PERASMIAN 3 DEKAD PENTADBIRAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM KERAJAAN NEGERI KELANTAN DAN AMANAT KHAS KEPADA PENJAWAT AWAM NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 25 Okt – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Bin Yunus telah menghadiri Amanat Khas YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan yang diadakan di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darul Naim sempena Majlis Perasmian 3 Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini.

Pada tanggal 21 Oktober 2020, telah genap 3 dekad Negeri Kelantan berada di bawah pentadbiran Membangun Bersama Islam semenjak era kepimpinan Al-Marhum YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang bermula pada tahun 1990.

Dalam amanat beliau, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob menegaskan 2 matlamat utama yang membentuk pemikiran dan pemahaman rakyat terhadap pentadbiran Membangun Bersama Islam selama 30 tahun sebelumnya iaitu: Hirasah Al-Din (menjaga agama) dan Siyasah Al-Dunya Bihi (mentadbir urusan kerajaan berpandukan ajaran Islam).

Turut hadir YB Dato’ Haji Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Mesteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi JK Induk Sambutan 3 Dekad Kelantan Membangun Bersama Islam; YB Dato’ Haji Abdullah Bin Yakob, Speaker Dewan Negeri Kelantan; YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Haji Nazran Bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.