KULIAH PEMBUDAYAAN UMI SIRI KE-3 TAHUN 2020
KOTA BHARU, 17 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah mengadakan Kuliah Pembudayaan UMI Siri Ke-3 di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon Bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang dakwah.
Kuliah pada kali ini mengupas Kitab Minhajul Muslim yang dikarang oleh Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi iaitu seorang ulama Madinah terkenal yang mengajar di Universiti Islam Madinah. Kitab ini mengandungi 5 bab utama iaitu bab aqidah, bab etika, bab akhlak, bab ibadah dan bab mu’amalat. Kuliah ini turut disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi PKINK.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz Bin Yunus; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Haji Nik Kamil Amirah Bin Nik Ab Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan) PKINK, Haji Mohamad Nasriff Bin Daud; Pengurus-pengurus Kanan dan Pengurus-pengurus Bahagian PKINK.