MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI PKINK BERHAD KALI KE 39
KOTA BHARU, 26 Dis – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan) PKINK mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan Berhad (KPKINKB) Kali Ke-39 yang diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu pada hari ini.
Seramai 527 orang ahli Koperasi PKINK Berhad berdaftar hadir di Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung selama 3 jam itu. Namun, berikutan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kehadiran ahli di dalam dewan sempena Mesyuarat Agung Tahunan kali ini dihadkan seramai 300 orang pendaftar awal sahaja.
Turut hadir Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kelantan, En Mohd Shihabuddin Bin Mohd Yazid; Pengerusi Koperasi PKINK Berhad, En Hishamuddin Bin Hussein dan ahli anggota Lembaga Koperasi PKINK Berhad.