AN NISA’ Terima Sumbangan 100 Pelindung Muka
KOTA BHARU 5 April : Walaupun Pusat Perubatan An Nisa’ (An Nisa’) tidak terlibat secara langsung dengan pengendalian kes COVID-19, langkah berjaga-jaga serta pencegahan tetap diambil dan menjadi keutamaan kakitangan bertugas dalam menguruskan proses bersalin dan perkhidmatan pembedahan di pusat perubatan ini.
Berikutan bekalan pelindung muka adalah terhad pada ketika ini. Bulan Sabit Merah Malaysia Kelantan (BSMM) tampil menyumbangkan 100 unit pelindung muka yang dibuat khas untuk kegunaan kakitangan pusat perubatan ini. Sumbangan itu disampaikan oleh Naib Pengerusi BSMM Kelantan, Mohd...