Accessibility Tools

Skip to main content

Anggota PKINK Diseru Sentiasa Berdisiplin Dan Bersungguh-sungguh Dalam Melakukan Tugasan

KOTA BHARU 9 Mac : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sentiasa berusaha melengkapkan anggota dengan ilmu agama kerana ia dapat menjadi panduan dan peringatan kepada semua anggota supaya sentiasa berdisiplin dan ikhlas dalam perjuangan serta bersungguh-sungguh dalam membuat sebarang tugasan yang diarahkan. Salah satu usaha yang dibuat adalah melalui siri pertama Tazkirah Bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), bertempat di Bilik Operasi Tingkat 10, Bangunan PKINK di sini, semalam.

Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Mat Sulaiman telah mengupas tentang kisah Raja Thalut dan Jalut yang terkandung dalam Surah Al Baqarah ayat 246 – 252 sebagai panduan setiap anggota PKINK supaya tidak gopoh dalam berjuang dan sentiasa mengharapkan ganjaran serta redha Allah S.W.T. Anggota PKINK turut diingatkan supaya mengambil kisah Al-Quran yang sememangnya sentiasa relevan tanpa mengira zaman serta sentiasa memperbanyak doa dan munajat sebagai lambang pergantunggan yang tinggi terhadap kekuasaan-Nya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, Pengurus - Pengurus Bahagian dan semua anggota PKINK.