Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PONDOK BUKIT GADING

TANAH MERAH, 18 Apr – Di kesempatan bulan Ramadan yang mulia, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) meneruskan Program Sumbangan Kebajikan Ihya' Ramadan 1443 kepada Madrasah Darul Ilmi Pondok Bukit Gading di Masjid Pondok Bukit Gading pada hari ini. Pondok ini merupakan antara pusat pengajian agama Islam yang menjadi teras kepada pembangunan masyarakat di negeri Kelantan.   YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menyampaikan sumbangan kepada YB ADUN Gual Periok, Dato' Ustaz Mohamad bin Awang, yang juga merupakan Pengerusi...

Continue reading

PKINK TERUSKAN SUMBANGAN KEBAJIKAN IHYA' RAMADAN 1443

KOTA BHARU, 17 Apr - Kebajikan dan kesejahteraan anggota merupakan prioriti utama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Oleh itu, PKINK telah mengadakan Majlis Sumbangan Kebajikan bersempena Ihya' Ramadan 1443 kepada Anggota dan Petugas Am PKINK di Bilik Operasi PKINK pada hari ini.   Penyampaian pada majlis ringkas ini telah disempurnakan oleh YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus. Penerima sumbangan termasuklah anggota PKINK yang mempunyai anak istimewa, guru pengajian Al-Quran, pekerja kantin dan pencuci premis di PKINK. ...

Continue reading

PKINK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PONDOK LUBUK TAPAH

KOTA BHARU, 16 Apr – Institusi pendidikan agama Islam di negeri Kelantan merupakan teras pembangunan masyarakat yang berilmu dan berwibawa.   Sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah menyampaikan Sumbangan Kebajikan Ihya' Ramadan 1443 kepada Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah Pondok Lubuk Tapah di Masjid Pondok Lubuk Tapah Lemal, Pasir Mas hari ini.   Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, En. Ahmad Nazri bin Hj Ismail yang mewakili Ketua...

Continue reading

CERAMAH IHYA' RAMADAN 1443 (SIRI 2)

KOTA BHARU, 12 Apr - Meneruskan aktiviti Ihya' Ramadan 1443/2022, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menganjurkan Program Ceramah Ihya' Ramadan 1443 (Siri 2) di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK hari ini. Ceramah yang disampaikan oleh YBrs. Dr Mohd Azhar bin Abdullah, Pensyarah Jabatan Syariah merangkap Pengarah Institut Bahasa Antarabangsa, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS) itu turut disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook PKINK. Dr Mohd Azhar dalam ceramahnya mengingatkan agar para pendengar mengambil kesempatan waktu sahur...

Continue reading

RAYSA MENERIMA SUMBANGAN DARI PKINK

TUMPAT, 9 Apr – Nasib anak-anak yatim & dhuafa' merupakan sebahagian dari tumpuan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dalam memelihara tanggungjawab sosial korporat di negeri Kelantan. Sempena bulan Ramadan yang mulia, Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA) telah menerima Sumbangan Kebajikan bersempena Program Ihya' Ramadan 1443 di RAYSA, Pasir Pekan pada hari ini. Sumbangan telah disampaikan oleh YABhg. Datin Bentara Kanan Isteri Menteri Besar Kelantan, Hajjah Siti Zabedah binti Ab. Hamid kepada YBrs. Pn Sufiyah binti Mubarak, Penyelia RAYSA dalam majlis yang serba...

Continue reading