Accessibility Tools

Skip to main content

PKINK Bina Kios Bantu Jana Ekonomi Masjid

KOTA BHARU 5 Nov : Masjid adalah rumah ibadah umat Islam mengerjakan solat dan menjadi tempat berlangsungnya majlis ilmu serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Masjid juga sebagai sebuah institusi ibadah yang berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah. Menyedari hakikat itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai badan penggerak pembangunan ummah telah membina 6 unit kios usahawan bernilai RM200,000 di perkarangan Masjid Sultan Ahmad (Masjid Keputeraan)...

Continue reading

PKINK Sertai Lafaz Ikrar Integriti MEA

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus menghadiri sambutan Hari Integriti peringkat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) yang diadakan di Auditorium Blok B1, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, di sini pada 31 Oktober lalu. Kumpulan PKINK turut diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan Dan Pembangunan) Kumpulan, Mohamad Nasrif Daud dan Pengurus Kanan Perundangan dan Integriti Kumpulan, Ahlaami Ab Halim. Majlis Perasmian telah...

Continue reading

LASAK 2.30 : KURSUS ASAS FERTIGASI

BACHOK : Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan telah menganjurkan Kursus Asas Fertigasi bertempat di Pusat Latihan Pertanian Al-Falah KPKB, Wakaf Zin pada 2 November 2019. Kursus yang dikendalikan bersama Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dan Al-Hikmah Consultant ini adalah sebahagian daripada siri Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Kursus yang bertujuan memberi pendedahan serta kemahiran berkaitan kaedah dan sistem tanaman fertigasi kepada bakal usahawan dan usahawan pertanian adalah salah satu...

Continue reading

PKINK Beri Sumbangan Kepada Masjid Muflihin

DABONG : Warga Madrasah Tarbiah Al-Aulad Pondok Sungai Kenerong melafaz syukur di atas sumbangan 42 bidang tikar yang diterima dari Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk kegunaan Masjid Muflihin yang terletak di kawasan pondok tersebut. Sumbangan yang telah disampaikan oleh Shukeri Ismail, Pegawai Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK) yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus kepada Pengerusi Pondok itu, Mohd Samsuddin Dollah di Pondok Sungai Kenerong, Kampung Stong, Dabong pada 31 Oktober lalu. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat...

Continue reading

LASAK 2.31 : Bengkel eCommerce - Shopee

KOTA BHARU : Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) telah menganjurkan Bengkel eCommerce - Shopee bertempat di Bilik Seminar Kelantan ICT Gateway, UTC Kelantan pada 29 Oktober 2019. Bengkel yang telah dihadiri oleh 30 peserta dari seluruh Negeri Kelantan ini dikendalikan oleh Coach Zulhazri Azmi yang merupakan antara Top 3 Best Master Trainer program e-Usahawan dan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran. Bengkel yang diadakan melalui inisiatif...

Continue reading