Accessibility Tools

Skip to main content

PELANCARAN PeSAT DI JERAM MENGAJI AGRO RESORT

KOTA BHARU, 30 Jan – Keperluan dari aspek penembusan jalur lebar merupakan perkara asas di era Revolusi Perindustrian 4.0 kini. Oleh itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) telah menjayakan Pelancaran Perkhidmatan Internet Satelit Luar Bandar (PeSAT) di Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Puteh, Kelantan hari ini.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan diiringi YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi serta Hj Mohamad Nasriff Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan) PKINK.

Dalam ucapannya, YAB Menteri Besar menegaskan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mengambil perhatian serius mengenai perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur digital di negeri ini.

“Pelaksanaan program Jalinan Digital Negara atau JENDELA merupakan satu lonjakan baru sebagai satu usaha dan perancangan plan tindakan bagi menyediakan asas untuk liputan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi bagi mempersiapkan negara untuk peralihan ke arah teknologi 5G pada tahun 2022.”

Hadir sama ke majlis tersebut adalah YB Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan; Datuk Abdullah Ya'kub, Speaker DUN Kelantan; YB Idham bin Hj Abdul Ghani (P.S.K), Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan; En. Hishamuddin bin Hussein, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK; Barisan Exco Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri Kelantan.