Accessibility Tools

Skip to main content

KULIAH PEMBUDAYAAN UMI PKINK SIRI 3 TAHUN 2021

KOTA BHARU, 4 Mac – Kuliah Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) telah diadakan di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) pada hari ini. Kuliah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Suratemi bin Mat Yusof, Pegawai Agama Jajahan Bachok.

Al-Fadhil Ustaz mengupas kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum dan menekankan kepentingan untuk mempelajari sejarah. “Penting bagi umat Islam mempelajari Sirah Nabawiyyah (Sejarah Nabi) dan mencontohi tauladan yang mulia iaitu Nabi Muhammad SAW agar segala amalan yang dilakukan itu benar dan berasas”.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Haji Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan dan Pengurus-pengurus Kumpulan.