Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT MATRADE KE PKINK

KOTA BHARU 26 OGOS – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Bilik Gerakan Tingkat 11, Bangunan PKINK.
 
Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Kanan Bahagian Transformasi & Perdagangan Digital, Tuan Haji Amran Yen adalah bertujuan bagi membincangkan jalinan kerjasama membangunkan usahawan dalam bidang eksport serta mempromosikan produk-produk usahawan Kelantan ke peringkat antarabangsa.
 
MATRADE akan berkerjasama dengan PKINK untuk mengenalpasti usahawan-usahawan yang berpontensi diketengahkan dan didedahkan dengan ilmu pengurusan perniagaan yang terbaik bagi memastikan mereka terus berdaya saing dan mampu untuk bersaing di peringkat global. Selain itu, MATRADE dan PKINK turut membantu usahawan-usahawan di Negeri Kelantan untuk menyertai program baharu yang dikenali sebagai “GlobPreneur”.
 
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan), Mohamad Nasriff Daud, Pengurus Kanan Pelaburan & Tugas-tugas Khas Kumpulan, Hishamuddin Huseein, Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa, Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman dan Ahli Jawatankuasa MATRADE.