Accessibility Tools

Skip to main content

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS KOTA BHARU

KOTA BHARU 18 Ogos : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud di Bilik Gerakan Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini, hari ini.
 
Kunjungan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan baik antara PKINK bersama PDRM Kelantan. Selain itu, turut dibincangkan berkaitan isu-isu keselamatan, integriti, perundangan dan siasatan agar kedua pihak dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
 
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, Pegawai Cawangan Perlesenan IPD Kota Bharu, Inspektor Mahani Mansor dan Timbalan Pengurus Kewangan Kumpulan (Unit Pengurusan Harta), Mohd Rozi Mohd Noor.