Accessibility Tools

Skip to main content

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKINK MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT JURUTERA MALAYSIA (IEM)

KOTA BHARU 10 Ogos : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada Institut Jurutera Malaysia Cawangan Kelantan (IEM) di Bilik Gerakan Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini, hari ini.
Kunjungan yang diketuai oleh Ir. Shipuddin Shapii adalah bertujuan untuk merealisasikan jalinan hubungan strategik antara IEM dan PKINK dalam aspek sains dan kejuruteraan bagi bersama-sama membantu membangunkan sektor pembinaan di Negeri Kelantan.
Pada pertemuan itu juga, IEM menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan PKINK secara khusus berkaitan aktiviti-aktiviti mempromosikan profesion kejuruteraan yang bertujuan untuk memberi kesedaran melindungi kepentingan jurutera-jurutera di sektor awam.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan), Mohamad Nasriff Daud, Pengurus Koordinasi Penyelenggaraan & Pemulihan Aset-aset Syarikat Dorman Serta Tugas-tugas Khas Kumpulan, Hadzori Umar, Pengurus Khidmat Teknikal Kumpulan, Wan Haidar Amni Wan Mansor dan Ahli-ahli Jawatankuasa IEM Cawangan Kelantan.