PKINK SERTAI PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2020
KOTA BHARU – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengambil bahagian dalam perarakan kenderaan jabatan sempena Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2020 bertempat di Kompleks Kota Darulnaim, di sini baru-baru ini.
Majlis Sambutan Hari Malaysia ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Ahmad Bin Yakob.
Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Kaya Setia Dato’ Nazran Muhammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus.
Sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang ini menjadi medan terbaik untuk rakyat Malaysia menzahirkan semangat patriotik mengibarkan Jalur Gemilang bagi menunjukkan rasa cinta kita terhadap negara