Accessibility Tools

Skip to main content

Pesara PKINK Terima Sumbangan Khas

KOTA BHARU 13 MEI : Pesara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menerima sumbangan khas kewangan dan barangan keperluan asas daripada PKINK dalam satu majlis penyerahan sumbangan khas yang telah diadakan .

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, sambutan Ramadan pada tahun ini agak berbeza berbanding tahun sebelum lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 sehingga menjejaskan aktiviti seharian dan pergerakan masyarakat termasuklah pesara PKINK.

“Menyedari kesukaran itu, PKINK mengambil inisiatif untuk tampil membantu meringankan beban pesara kumpulan sokongan sebagai memperingati bakti dan jasa mereka sepanjang tempoh berkhidmat.

"Di harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat kepada mereka di bulan Ramadan dan Syawal yang bakal disambut dalam tempoh PKP ini,” katanya selepas Majlis Sumbangan Khas Kepada Pesara Perbadanan di Bilik Operasi Tingkat 10, Bangunan PKINK hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan), Mohamad Nasriff Daud.