Accessibility Tools

Skip to main content

SOS VIRAL SERBAGUNA KELUARAN HOTEL AL ANSAR

 
Produk sos yang istimewa pilihan chef Hotel Al-Ansar mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai yang ingin mempelbagaikan masakan di rumah sepanjang bulan Ramadhan ini. 
 
Dengan slogan “Sapa Rumah Paka Cuoh”, sos segera ini mempunyai 3 perasa iaitu Sos Mangga Muda, Sos 3 Rasa dan Sos Nyonya.  Semua sos ini boleh digunakan untuk memasak ikan siakap, ayam dan daging untuk berbuka puasa di rumah atau bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. 
 
Harga istimewa ditawarkan  iaitu RM12.00 sebotol untuk 400ml.  Untuk menempah, pelanggan boleh menggunakan pembelian melalui aplikasi, penghantaran terus ke rumah (COD) dan datang ambil sendiri di Hotel Al Ansar bersebelahan Bank CIMB di Kota Bharu, Kelantan. 
 
Masa tempahan bermula jam 12.00 tengahari hingga 6.00 petang manakala penghantaran akan dibuat bermula jam 3.30 petang hingga 6.30 petang setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini.  Jarak penghantaran sehingga 10KM dari Hotel Al Ansar akan dihantarkan oleh Penghantar Makanan Berdaftar dengan pematuhan SOP yang ditetapkan. 
 
Pelanggan boleh menghubungi talian am 09 7422055 atau melalui aplikasi Whatsapp/Telefon Hotline 011 2922 4862 untuk tempahan atau maklumat lanjut.
 
Selain menghubungi hotel, pesanan ni boleh melalui Aplikasi Foodpanda, Odamakan dan Goeat.  Pelanggan boleh muat turun aplikasi tersebut untuk pembelian dalam talian.