e-BAZAR RAMADAN KELANTAN
Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat keputusan membatalkan penganjuran Bazar Ramadan pada tahun ini. Pembatalan ini menyebabkan peniaga dan penjaja kecil terkesan dan terjejas sumber pendapatan.
Menyedari kesulitan dan kesan langsung yang dialami oleh golongan peniaga, Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan mengambil inisiatif untuk mewujudkan Bazar Ramadan Atas Talian bagi membolehkan peniaga dan penjaja kecil seluruh Kelantan menjalankan perniagaan dan menjana pendapatan sempena Ramadan. Melalui platform ini, peniaga dapat memasar dan menjual makanan serta juadah berbuka melalui e-Bazar Ramadan Kelantan secara Aplikasi Atas Talian (Online).
Konsep e-Bazar Ramadan ini membolehkan tempahan dan pembelian dibuat secara atas talian (online) melalui Aplikasi Kelantan Pay dan Oda Makan di mana pihak Kerajaan akan memastikan segala peraturan dan garis panduan penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dipatuhi. Kerajaan Negeri dengan kerjasama PBT telah bersetuju mewujudkan lokasi di seluruh Jajahan sebagai Pusat Pengumpulan dan Pengedaran bagi e-Bazar Ramadan. Di peringkat Kerajaan Negeri, pelaksanaan e-Bazar Ramadan akan diselaras oleh Kelantan ICT Gateway (KIGSB) yang merupakan rakan strategik Kerajaan Negeri dalam pembangunan ICT dan Digital Negeri.
Langkah ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam mengggalakkan pertumbuhan ekonomi digital di Kelantan, secara langsung dapat membendung penularan wabak Covid 19 di Kelantan.
Untuk pendaftaran sila tekan pautan dibawah ;
https://bit.ly/ebazar-kelantan