KSKK PKINK BANTU ANGGOTA KUMPULAN TERJEJAS PKP
KOTA BHARU 12 April : Anggota Kumpulan Pelaksana Kumpulan PKINK yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan pada ketika ini telah mendapat perhatian Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK).
Pemangku Yang Dipertua KSKK PKINK, Nor Azuwan Salleh berkata, KSKK PKINK merasakan anggota kumpulan yang berpendapatan rendah dan pasangan tidak berpendapatan tetap serta mempunyai tanggungan yang ramai wajar diberi perhatian.
Jelasnya, agihan barangan keperluan asas akan diadakan dua siri di mana pusingan pertama pada kali ini melibatkan 50 anggota yang telah dikenalpasti.
“Kami tampil bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka memandangkan tempoh PKP dilanjutkan dan Bulan Ramadan juga bakal kunjung tiba tidak lama lagi.”
“Pusingan kedua akan diagihkan dalam masa terdekat yang turut melibatkan bekas anggota syarikat kumpulan dan petugas am di PKINK yang terpilih. Di harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat kepada mereka yang menghadapi kesukaran dan terkesan sepanjang tempoh PKP ini,” katanya.
Sumbangan itu disampaikan oleh Penasihat KSKK PKINK merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus di Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, di sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kehormat KSKK PKINK, Mohd Roslan Mohd Zain, Bendahari Kehormat KSKK PKINK, Muhammad Fathi Kamarazaman dan Pengerusi Biro Kebajikan dan Dakwah KSKK PKINK, Mohd Rozi Mohd Noor