LASAK 2.38 – SEMINAR PROTALK RAHSIA MENJUAL OFFLINE/ONLINE
KOTA BHARU - 15 FEBRUARI 2020 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan melalui Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa telah mengadakan Seminar ProTalk Rahsia Menjual Offline/Online bertempat di Bilik Operasi PKINK, Bangunan PKINK. Seminar ini dikendalikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman iaitu Encik Syafiq Fadeli daripada ProTalk Success Training Consultant. Seminar ini merupakan salah satu pengisian daripada Program Latihan Keusahawanan Khas (LASAK PKINK) yang dianjurkan oleh PKINK dalam usaha memberi latihan dan kemahiran kepada bakal usahawan dan usahawan. Seramai 36 orang peserta telah mengikuti seminar ini.
Sepanjang seminar ini, peserta telah didedahkan dengan ilmu komunikasi berpengaruh yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian terutamanya dalam dunia bisnes. Peserta yang hadir menunjukkan respon yang positif sepanjang seminar berlangsung. Antara modul yang dibincangkan dalam seminar tersebut adalah :
- The Root (Base) - Memahami dan menghayati ‘fundamental’ dalam komunikasi berpengaruh
- The Trunk (Principles) - Memahami prinsip-prinsip utama komunikasi berpengaruh
- The Crown (Techniques) - Mempelajari teknik komunikasi berpengaruh yang sangat berimpak tinggi yang terbit dari pemahaman tentang ‘The Root’ dan ‘The Trunk’
Di akhir seminar, semua peserta menerima sijil penyertaan daripada pihak penganjur.