NASI NEKA MENU TRADISIONAL RARE DI HOTEL AL-ANSAR
Jika anda mahukan kelainan atau ‘rare’ dalam rasa masakan tradisional Melayu Kelantan, Hotel Al-Ansar ada jawapannya.
Hotel Ansar menyajikan makanan fusion Malaysia yang enak dengan memberi fokus kepada hidangan tradisi negeri ini berasaskan nasi dan ulam-ulaman kampung.
Antara keunikan masakan Hotel Al-Ansar adalah menu ‘Nasi Neka’. Ia dihidang dengan nasi putih bersama 5 jenis lauk pauk. Ianya mampu menggamit memori anda ketika menjamu selera di kampung. Hidangan menjadi cukup sempurna apabila disaji dengan ulam-ulaman, beraneka kerabu dan budu. Pasti membangkitkan selera anda walaupun kali pertama mencubanya!
‘Nasi Neka’ sesuai dinikmati bersama 2 hingga 4 orang dalam satu hidangan dengan harga RM 28.00 untuk 1 set.
Konsep unik yang diketengahkan ini sesuai dengan namanya yang mungkin ramai tidak tahu ia berasal dari dialek negeri Kelantan yang mana ‘neka’ membawa maksud dulang.
Terletak di Jalan Maju (berhadapan Bangunan Tabung Haji), Kota Bharu, Kelantan, hotel ini tampil dengan konsep Islamik dan unik dalam usaha memberi kelainan perkhidmatan kepada pelanggan.
Promosi ‘Nasi Neka’ bermula pada 23 Februari sehingga 23 April 2020. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 09 – 7422055 atau 011 2922 4862 (Hotline).