Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI NKF 2020 DI PKINK

KOTA BHARU 11 Feb : Sempena Hari Kesihatan Komuniti NKF 2020, satu program pemeriksaan kesihatan percuma oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah diadakan di Bilik Operasi Tingkat 10, Bangunan PKINK, semalam.

Program ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan anggota PKINK mengenai kepentingan pengesanan dan pencegahan awal bagi penyakit buah pinggang serta penyakit yang berkaitan seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, program ini turut menjadi tempat mempromosikan gaya hidup sihat melalui sesi kaunseling yang dijalankan. Seramai 60 orangan kakitangan PKINK telah hadir dan menjalani pemeriksaan kesihatan yang dibuat.