Accessibility Tools

Skip to main content

2 Pegawai PKINK Antara 623 Penerima Pingat Kelantan

KOTA BHARU - 2 orang pegawai daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang merupakan antara 623 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-50, di Istana Balai Besar pada 11 November lalu.

Dalam istiadat tersebut, Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Nik Farzimar Nik Omar dikurniakan Darjah Kebesaran Bentara Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K.) manakala Timbalan Pengurus Bahagian Audit Dalaman Kumpulan, Zainul Amin Mat Zin pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K.).