Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Menerima Kunjungan Hormat PNS
KOTA BHARU 7 Nov : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di Bilik Mesyuarat Lembaga Tingkat 11, Bangunan PKINK di sini, hari ini.
Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Perniagaan Francais, Fauzi Awang itu adalah bertujuan untuk merealisasikan jalinan hubungan strategik antara PNS dengan PKINK bagi bersama-sama membantu membangunkan usahawan-usahawan Kelantan.
Pada pertemuan itu juga, PNS menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan PKINK secara khusus berkaitan peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan oleh usahawan-usahawan francais dan usahawan Business In Transformation (B.I.T) dan program BizFrancais kendalian PNS yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada usahawan tentang perniagaan melalui sistem francais.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud, Ketua Jabatan Pemasaran dan Pembangunan Francais PNS, Md Nazid Mohd Noor, Ketua Seksyen Promosi, Acara dan Perhubungan Awam PNS, Sharulmizan Rahmat dan Timbalan Pengurus Pelaburan dan Tugas-tugas Khas Kumpulan PKINK, Mohd Rozi Mohd Noor.